tajuk amek dari blog orang
entry ini hanya main main..
sebak
bilamana apa yang kita hajati tak tercapai,mahu menangis seakan merajuk pula air mata ini hendak mengalir.buat dada jadi sesak..
lupa
bagaimana boleh lupa?atau sengaja melupakan atau sengaja dilupakan?atau pun lebih baik dilupakan..mungkin itu yang terbaik baginya.
judgemental
kerana dia pendiam maka dia sombong,kerana dia terlebih cakap maka dia becok, benarkah (?) atau kitakah yang terlebih memikir perihal orang lain?
penyesalan
dibiar lama memakan diri,tapi menyesal itu perlu.jadi pengajaran di lain episod cerita.semoga tak diulangi kesilapan sama.berulangkali..
cinta
biar jadi rahsia,biar semua tak ketahuinya,bilamana masa ada akan terlerai juga ia.
biar sakit dibenci manusia jangan sakit dimurkai Yang Maha Esa.
rindu
hanya untuk mereka yang aku sayangi..
Tuesday, August 21, 2012
Tuesday, July 3, 2012
hanya seorang Faiz
aku hanya seorang Faiz,
yang tidak lepa dari membuat dosa
terkadang iman ku melonjak ke angkasa
selalunya iman ku merudum jatuh ke Bumi.
aku hanya seorang Faiz,
yang punyai ego tinggi
terkadang kurang dari sewajarnya
selalunya lebih dari perlunya
aku hanya seorang Faiz
yang punya hidup atas dan bawah
terkadang berjaya lalu alpa
selalunya gagal lantas putus asa
aku hanya seorang Faiz
yang tidak sempurna
terkadang aku penawarnya
selalu akulah racunnya
..dan ketahuilah aku hanya seorang Faiz yang lemah tiada daya.
maafkan aku.

Thursday, June 28, 2012
beratnya
apa yang berat cik pais?
apa yang awak angkat?
M16 ke?sebuah kereta kebal?
atau bergadai nyawa?
takkkk..
kau tak perlu buat itu semua,
kau takk perlu buang banyak darah,
jadi apa yang beratkan kau sangat ni?
apa yang pemalas sangat ni?
kenapa kau macam ni?
macam orang bodoh yang tidak pernah diajar langsung!
maaf pais.
aku kembar kau yang dah makin muak dengan sikap kau.
sampai bila mesti macam ni?
riwayat kau dah tak lama pais..
insaflah..
ALLAH ALLAH ALLAH BANTU AKU TARIK KE JALAN YANG BENAR..
ALLAH KAU MAHA MENGETAHUI..ALLAHURABBI..
Wednesday, June 27, 2012
.........
nifaq (pura pura)
zahirnya taat batinnya maksiat
zahirnya dakwah batinnya nafsu
zahirnya akhirat batinnya dunia
zahirnya ulama batinnya juhala
zahirnya harum batinnya busuk
zahirnya jernih batinnya keruh
zahirnya indah batinnya buruk
zahirnya zuhud batinnya tamak
zahirnya tawadhuk batinnya takabbur
zahirnya malaikat batinnya iblis
Ya Robbi,betapa sukarnya jalan yang satu,betapa mudahnya jalan yang beribu
#counting days for Ramadhan,what we should prepare??here are some suggestions for me and of course for people outside there too :)
credit to:facebook.
Friday, June 15, 2012
homesick
selamat malam.
tengah tido tergolek kanan terlentang kiri tengok kipas haih tak leh jadi kerinduan nih xtertanggung lagi rasa nya..waaaaaaaa how I miss my homeee..
layan je lah gambar gambar non DSLR nih v(^^)..
tengah tido tergolek kanan terlentang kiri tengok kipas haih tak leh jadi kerinduan nih xtertanggung lagi rasa nya..waaaaaaaa how I miss my homeee..
layan je lah gambar gambar non DSLR nih v(^^)..
haha time nih gila die dah dtg |
ni ada akak aku sekali,nama akma tapi kitorg pggel angah.sesekali pggel angah imok huhu..
sbenarnya imok tu nama pggilan pak cik yg selalu dtg umah kitorg naik moto besar tapiiiiii die selalu xtekan gear,so moto tu mengaum ngaum sepanjang perjalanan kikiki..
orait kita abaikan yumi ok,die mcm dh sgt fofular pulak kalah mea sarah mencik aku nada jeles
yang cam apek tu amri,pergh muka die kalah tokey cina cikok kat kampung seberang.
yg lagi sorang tuh yana,aku respek kat die ni coz kecikkecik lagi dah pakai tudung,aku dulu zaman zaman tu la nak tayang pesen rambut belah tengah lah,reben besar raflesia,cekak rambut pic doremon smbil mkn dorayaki.dorang berdua ni punya sikap yg sama iaitu kalau malas dia dah dtg memang boleh mengalahkan panda ngn koala.sekarang ni dorang sdg giat membina badan huhu.
info baru,koala mampu tido 20 jam sehari !!baki 4 jam untuk makan n melompat ke pokok yg lain..amazing kan?
orait,cukup lah takat tu dulu nnti lain waktu adek adek lain n yg atas atas pulak.
disebabkan mak aku tengah sarat ni mcm2 pulak aku pikir,jauh betol jarak umo aku ngn die..20 tahun kowt..tapi yg penting ayah aku nk anak pompuan,ye lah anak pompuan ayah kan tak pandai nak kuar umah selain ngn ayah hikhik..anak laki lak mcam xcukup tanah dah,semua jalan dia nk ukur tu yang kdg balik maghrib.pastu mulalah adegan kejar mengejar kala senja cam tuh.xpasal kdg ngn aku aku sekali terdrag sbb kesalahan dorang nih.tapi yg pnting ayah aku geguraw je huhu..kejar smbil senyum tuh..kekee
nite.
rock kapak
ahlan wasahlan :)
hari ni ana nak share lagi lagu peberet ana,even batu kapak pon layan je lah.
kalau dalam rumah kat malaysia tuh abang ana lah yang paling banyak menyumbang dalam menambah pengetahuan ana tentang lagu genre batu kapak nih..mula mula dengar macam terlentok lah jugak sebelum nak tunggu lirik seterusnya,tapi bila dah dapat hapal lirik die pastu nyanyi sesama ngn penyanyi tuh,perghh feeling dia macam kita pon ada sekali kat dalam video klip tuh kekeke..terlebeyh sudaaa..jom layan.

-di kebun getah-
Tiada secantik bahasamu
Kugubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu
Andai nya bulan retak seribu
Bayangmu ada di mana mana
Jika kaca berderai luka tertusuk seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan mahligai yang jadi nyata
Bersamamu
Pertama dan kaulah selamanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan kata yang nista membakar kita
Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh mana pun berpisah kau di hatiku
Dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Kuucapkan salam sejahtera
:')
-replika kapak batu- |
haha tak leh layan selalu nih,mau robek empangan kat mata korang kan kan?hihi
k lah chill..credit untuk abang ana,faizul amar aka ijol aka along aka wak.(bnyk sgt nma samaran die)hot ke?haha mata keatas tangan kat bahu.
yang mana anda?
hai sayang. keke
tajuk macam best je kan.orait kat sini ada pilihan sama ada anda ini orangnya yang reaktif or proaktif.
orang reaktif.
orang yang sering tersentap dengan stimulus yang berlaku di sekitarnya.minda sentap lebih menguasai minda fikir.cara berfikir adalah dengan menggunakan perasaan..contoh:kau ni kena belajar lebih lagi...(oh jadi selama ni kau ingat aku belajar sikitlah)
fahamilah sebenarnya bukan lah seluruh maksud kata lawan itu yang mahu ditujukan.lebih tak sememangnya sedikit,tapi mungkin kurang...setuju?
orang reaktif juga sering berubah mengikut keadaan dan kondisi sekeliling.tiada pendirian dan nilai yang teguh.kadang kala mereka ini boleh berubah serta merta!
mereka juga sering menyalahkan keadaan atas perilaku mereka.jika keadaan menurut apa yang dia senangi maka dia gembira,dan sebaliknya jika keadaan itu tidak mengikut apa yang disukai dia akan menyalahkan keadaan tersebut,jika gagal.
antara ayat yang gemar diucap adalah:
tiada apa yang dapat saya lakukan
memang sudah begitulah saya
saya terpaksa melakukan itu
seandainya saja
dan kebanyakan manusia biasa adalah reaktif,mudah melatah dengan perubahan.
kontra itu cantik kan ? |
orang proaktif.
mereka juga tersentap dengan stimulus namun berusaha untuk menilai dengan minda fikir yang jelas.menjadikan prinsip sebagai tunjang utama.
tidak menyalahkan keadaan,namun respon yang diberikan secara sedar atau tidak.nilaian yang dibuat adalah hasil pemikiran cermat,penghayatan yang tinggi namun tidak ditunjukkan semua itu dengan jelas.mereka lebih banyak berfikir sendiri berbanding menjaja kisah pada orang lain yang kadang kala pada fikirannya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah,hanya kelegaan yang sementara.
antara ayat yang gemar diucapkan adalah:
mari kita lihat alternatif yang kita miliki
kita akan pilih pendekatan yang berbeza
saya akan memilih respons yang sesuai
saya akan...
sedikit orang yang mempunyai sifat ini.
aduh rasa macam kena sepuk.
p/s:kesimpulannya,jadi yang manakah anda?
kembali
salam a'laik.
hari ni rasa nak share lagu insyaAllah versi melayu oleh Maher Zain (klu xtahu mmg umah xde tb)
versi yg aku ringkaskan..
normal human mcm aku ni,klu sedih,terasa or etc selalu guna medium as pecbuk n sbginya sbgi alat mengadu,aku selalu lupa yang Allah sentiasa bersama hambanya.
''sedih?doa...tu kan senjata paling ampuh yang kita punya?''
agak tersentap di situ,haih terbaring semula kat katil,renung syiling,berapa kali aku ingat Allah waktu aku sedih?ke aku terus cari hiburan untuk lupakan kesedihan ni?
p/s:kesedihan itu dtg kadangkala kerana kesilapan kita sendiri dalam berfikir.mengapa jadikan hidup sentiasa negative?padahal yang positif itu lebih banyak?
allahuma'ana.ameen..
hari ni rasa nak share lagu insyaAllah versi melayu oleh Maher Zain (klu xtahu mmg umah xde tb)
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
InsyaAllah..ada jalannya
Andainya kisah berulang lagi
Bagaikan tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
InsyaAllah..ada jalannya
Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya panjatkanlah doa
Oh Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
InsyaAllah..
image taken from someone who always happy whatever comes to her life :) -hihi megi satu kak :p- |
versi yg aku ringkaskan..
normal human mcm aku ni,klu sedih,terasa or etc selalu guna medium as pecbuk n sbginya sbgi alat mengadu,aku selalu lupa yang Allah sentiasa bersama hambanya.
''sedih?doa...tu kan senjata paling ampuh yang kita punya?''
agak tersentap di situ,haih terbaring semula kat katil,renung syiling,berapa kali aku ingat Allah waktu aku sedih?ke aku terus cari hiburan untuk lupakan kesedihan ni?
p/s:kesedihan itu dtg kadangkala kerana kesilapan kita sendiri dalam berfikir.mengapa jadikan hidup sentiasa negative?padahal yang positif itu lebih banyak?
allahuma'ana.ameen..
Friday, June 8, 2012
tegur menegur
assalamualaikum sedare mare semua.
mesti semua sihat kan.hihi terus jump to conc without tnya soalan.ni satu doa untuk korang semua taw,membuktikan aku sayang korang even blog ni dah di'secret'kan selama beberapa hari
*ke aku sorang je yang perasan before this blog aku secret*
aku kan dah lama x bukak blog ni jadi maaf lah buat stalker-stalker sekalian yang belum dapat update situasi and kondisi aku sekarang,maaf ye..*pangpangpang*
*haha siyes aku rindu nak melalut walaupun cuma aku dengan papan taip ni je yang baca blog tige suku nih.kakak aku yang kata.
bukan tentang itu pon isi karangan aku kali ni,aku nak share sikit pasal surah al-asr,surah ke 103 dalam al-Quran,diturunkan di makkah.
rasanya semua arif tentang surah nih.aku je la yang baru terdetik untuk mengamati surah ni.
'yang berpesan pesan kepada kebenaran serta kesabaran'
we are not perfect and sometimes we might do wrong either we meant it or not.normal human being.*simple.*
and it's such a big loser when somebody came to save you but you denied it,letting you and your soul go farrr awayyy from the right path.
and its me*that loser* aptb(aku mcm excited sbb baru belajar short form ni)huhu..okay kembali kepada emosi kite tadi.*batuk kejap*
bila emosi menguasai minda sedar nak fikir 1+1 pon kadang kala jadi payah.naseb badan lah lemah meth ni huh.
tuh la emocional sangat,cencitip,cakap cikit che pong nak cerasa cam kena operate tanpa bius.hati berkecai kecailah,hancur berderai xkan boleh dicelotep balik lah,haha macam macam lah feel aku nih.kwang3.
kalau orang tengok aku time tuh mesti sume jadi senyap.omg yang tinggal cuma bunyi kipas je krek krek krek ngn bunyi air pam naik,xpon bunyi flush kat toilet-if time tuh ade org tgh buat bisnes lah.*melalut*
muka pulak time tuh mcm kena gam,senyuman kat sisi sisi bibir je,ala ala senyum tersungging gitu huhu.kalau time tuh ade yang xde rasa empati pastu buat lawak nasional,cepat cepat kena pegang perut bagi gelak dok diam kat situ je,malam nanti pot tempat xde orang pastu baru boleh gelak puas puas hihi.
panjang jugak aku mengarut nih,korang dah tertidur ke semua?cis,taw la bukan me love u yang tulis.diskriminasi dow!(kosa kata baru,adek adek bawah umo jgn tiru)akak akak je bole hehe.tercakap dekat ayah sah sah kena penampo sebutir.
sudah lah.zaman emo emo sudah tamat.sekarang zaman taff taff tahu tak.orang dah xguna serangan emo emo ni.haih aku je la nampaknya ketinggalan zaman,almaklum la orang xde akaun twitter so berita/pelajaran yang aku terima lewat 12 jam sbb aku peneman setia pecbuk.info terbaru.*sign*
oraito,sekaliano dah lepas windu nak membebel dengan melalut kat sini hihi.sorry lah kalau terlebih,well aku kan manusia biasa,xperfect silap sikit sikit tu bese la bro,silap banyak sila dapatkan borang untuk tampo wajah i.*gurau je jgn buat ok*
wassalam.
tamat sudah cerita rakyat ini.so macam mana adek adek?sukew tak?*kedip kedip mata*
p/s:tgh nk exam.doain kesuksesan gue.
and one more thing,there is always PAIN behind the words IM OKAY.watch out ma friend.luv u.
-..- gedik.aku tampo ko.pangpang
zzzz pengsan.
Friday, May 4, 2012
tiada duka yang abadi
assalamualaikum readers.
hari ini tak cukup mood nak mengomel panjang panjang.
sekadar ini sebagai bontrott(sila bukak kamus jawa edisi pertama)heee~
lets 'hadapi.nikmati.hayati.'
hari ini tak cukup mood nak mengomel panjang panjang.
sekadar ini sebagai bontrott(sila bukak kamus jawa edisi pertama)heee~
lets 'hadapi.nikmati.hayati.'
Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir
Hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa
Nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu
Tanda cinta dijalanNya
Namun kupercaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa kumengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki
Segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hambaMu ini
Waktu berputar
Rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu
Akan mati.
-ni kes beli robot kat kedai cikok huhu ;p- |
credit to:opick.
p/s:when u heard something or get something dont directly jump to the conclusion,u never know what they have go through.
wassalam.
Friday, April 27, 2012
untuk aku
salam kengkawan :)
satu benda yang aku takuti ialah:
'berbuat tidak seiring dengan apa yang pernah aku suarakan'
berhati hatilah dengan percakapan,boleh jadi yang paling hampir dengan mulut yang berkata,yang akan melakukannya,tidak sekarang,mungkin pada masa hadapan.
-dont judge me with my past,i dont leave there anymore-
yes,but it remains in my memory,stuck in my heart,embedded in my soul.
aku tidak menolak,tidak juga memusuhi,aku cuma keliru.
dan mungkin akan terus keliru
...
jika mereka terus begitu.
wallahua'lam.

Thursday, April 19, 2012
diversity
salam.
hari ni teringin nak coret lagi.
tentang diversity atau kepelbagaian.
mungkin si A suka ini walhal si B sukakan ini pula.
keh contoh termudah kan ?
ya,
aku percaya setiap benda disediakan baik dan buruknya.
dan keduanya juga boleh membawa baik dan buruk.
hah contoh mudah huraian payah !
heee~i'm not a good explainer.
mengenali manusia melalui kepelbagaian.
suka atau tidak itu belakang kira.
kerana kita berbeza.
then,
apa yang perlu kita lakukan ialah,
accept the diversity
enjoy it..
jika dunia semuanya adalah Faiz,haih bertambah tambah lah 'syok' dunia ni hee..
Wednesday, April 18, 2012
lalai
bismillah
sudah lama tidak menconteng di sini.faktor perubahan musim kali.
hah.bercerita soal perubahan musim.banyak juga perkara berubah.banyak juga yang nak di ubah tidak terubah.
masa semakin laju mengemudi hidup aku,sedang hati masih pada tahap kelalaian yang maksima.
budak ni macam aku dulu lah.haha
sudah lama tidak menconteng di sini.faktor perubahan musim kali.
hah.bercerita soal perubahan musim.banyak juga perkara berubah.banyak juga yang nak di ubah tidak terubah.
masa semakin laju mengemudi hidup aku,sedang hati masih pada tahap kelalaian yang maksima.
bukan tentang ayat itu |
ah sudah lah,20 tahun hidup.apa kau buat ?
lalai lalai lalai lagi melalaikan.
dolu2 suka sebut perkataan ni.
HIPOKRIT.
fullstop.
Tuesday, March 27, 2012
bukan kerana nama
salam a'alaikum rakyat jelata :)
tadi tengah dinner bersama ahli beit terchinta,telinga ni tertangkap satu baitbait indah bersama melodi yang cukup menyedarkan eceewahh hihi~
jom layan samasama,
ambil ibrah samasama,
dan karoke samasama ^-^
buffer dulu kalau tenet tenat .__.'

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Hanyalah satu kehidupan
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Biarlah seperti anai anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semunya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Rarara~
sekian mempersembahkan untuk anda.
moga hari harimu indah dan ceria
di bawah lindunganNya. :)
wassalam.
Saturday, March 24, 2012
double standard
merujuk kepada perkara di atas:
satu kisah.
#semalam aku pergi ke CIB,nak bukak akaun,almaklum la kan rajin sgt 'menyimpan'.
the point is,when u're called INTERNATIONAL,you should have a very high attitude to serve your customer..not just let them think by themselves!guide us please cuz we are not familiar with your system which is not a SYSTEM at all.. -.-'
even if I only have 50 egyption pounds in my pocket,do I deserve your bad service..its common sense !
yes we're poor,yes we're dump,yes we're clumsy,yes we're messy what else ?!
but,did you look us as a human?we have a same feeling,if I'm bleeding,I feel hurt,same things goes to you.Is there any different?
-rasa cukup untuk aku emo :(
#hikmahnya yang aku temui setakat ini.
1-aku masih belum cukup sabar untuk melayan kerenah manusia
2-aku masih belum cukup cool untuk handle perkara sendirian
3-aku perlu perbanyak istighfar,banyak masalah mungkin kerana banyak dosa
4-expect the worst
5-tiada yang mudah,tiada yang susah
#pesan mak,dalam hidup,perlu merendah diri,jika ingin diri disayangi.
apa guna harta bertimbun tapi orang benci.
apa guna wajah cantik tapi selalu melukai.
tidak kisah lah siapa kita,selagi kita bernama hamba kita tidak terlepas dari membuat kesilapan.
dan kawan aku kata:

''keputusan yg kita ambil,langkah yg kita mula..perkara pertama yg perlu kita fikirkan ialah pandgn Allah terhadap kita..bukan pandgn manusia''
dan kawan aku kata:
The first to apologize is the bravest. The first to forgive is the strongest.
Be brave. Be strong. =)
aku maafkan kamu
tidak perlu kita bertemu
cukup kau tahu.
Saturday, March 17, 2012
kawan #1
salam :)
hari ni aku pening dan
aku sebenarnya ada satu penyakit keke..tiap kali aku pening mesti otak aku akan diasak dengan memori2 zaman dahulu kala. *mungkin sbb aku terlalu ingin melupakannya*
ok here there are.
masa zaman tadika,aku hanya kenal seorang kawan,yang sentiasa menemani aku,melayan kerenah ciwek aku,menahan amarah aku dan perangai aku yang cam bajet bagus la senang cite..
pernah satu ketika,kami masuk perlumbaan tiup belon smpai pecah,dan untuk pengetahuan sekalian rakyat jelata,aku memang allergic dengan sukan,perlumbaan dan yang sama waktu dengannya..alasannye?entahlah sebab aku tak suka tempat yang ter'exposed' maybe haha *alasan xlogik*
back to the story,aku tak dapat nak pecah kan belon tu,dan aku nampak belon dia hampir pecah,dengan perangai tidak berhati perotnya aku bisik kat dia..
''wei tunggu la aku kalau x kita x kawan sampai bila2''
dan dia menunggu aku sampai waktu habis,kami sama sama tidak dapat memecahkan belon tersebut,misi ringkas bukan?tapi gaya macam tanggungjawab sebesar alam terbeban.*sbb ni fmily aku xpercaya bila aku nak buat sesuatu yang extrem*
tu waktu kami berumur 6 tahun.waktu tu aku sayang sangat kat dia.dialah kawan aku yang paling aku percaya.satu satunya kawan aku tika itu.
waktu sekolah rendah,kami terpisah kelas,aku cemerlang di kelas ku,begitu jua dia.dia anak kebanggaan keluarga aku kira,kerana ibunya acapkali menyebut namanya tiap kali rewang.dia memang baik aku akui.tak ramai yang boleh tahan dengan kerenahku.kala itu kami temui lebih ramai kawan,dan kami buat geng seramai 5 org kalau tidak salah aku..dan yang paling penting nama geng kami ialah AADCK(ada apa dengan cinta kami) *lol old skool gler*
tapi kami bahagia :)
bermain sama sama,main kutu*bukan sejenis serangga*jamuan tahunan,hafal lirik lagu,salin lagu n etc kekeke..
UPSR dan PSRA berakhir.aku terpisah dgn mereka.duduk asrama,skill aku yg sempit makin sempit..aku semakin jarang bersama dia.walau kami sekampung.berita tentang dia hanya aku ketahui melalui adikku yg sama sekolah dengannya.nak contact pon x boleh.kami adik beradik hanya dibenarkan memiliki handphone selepas SPM.takut akan penyalahgunaannya kata emak..memang benar.telefon rumah pula acapkali aku lupa keberadaannya.almaklum suka campak2.konklusinya kami terpisah jiwa dan jasad.
aku takut bawa kenderaan.masih trauma dengan siri2 kemalangan yang aku selalu alami tika aku sekolah rendah..akulah budak yang selalu sahaja tercampak sana sini,bersama basikalku.kami sakit sama sama :( selama 6 tahun.
jadi wajar bukan untuk aku trauma?
ini membuatkan kami lebih jauh sbb aku x mampu nak menziarahinya.
tamat sekolah men. aku disini dan dia disana.mujur ada fb yang menghubungkan kami.walau kami tidak lagi se'fun' yang dahulu namun aku bersyukur dia ada :)
kawan pertamaku dialah Ma.satu perkara yang dia tidak tahu,tiap kali hari lahirnya aku selalu membelikan dia hadiah,namun x satu pon aku mampu beri sejak kami terpisah.kakak aku kata aku bodoh sbb buat bnda mcm tu,ye aku mmg bodoh.bodoh kerana terlalu jujur kadang kala :)
sekian memori nyah kau dari sini.!
ok..aku dah xpening,jadi aku dah lupa... :( hahaha
#mungkin aku perlu kikis sikap jujur yg kadang kala makan diri.do I?

Sunday, March 11, 2012
dan bila
Bila orang berkata kata,kita menyampuk,
Menunjuk kita juga 'advance'
Bila orang tegur,kita merajuk,
Menunjuk kita jua punya perasaan
Bila orang tiada memujuk,kita terperuk,
Menunjuk kita sangat terkesan
Tapi,
Bila kita buat kerja,
Kita rasa orang lain goyang kaki,
Bila kita sedih,
Kita rasa orang lain x 'care'
huhu,susah mahu jadi yang terbaik,namun tiada salah jika kita mencuba bukan?
p/s:we cant be perfect,but we can be closed to it :)
selamat berjaya!
ubah minda.ubah diri.

Thursday, February 16, 2012
makan
assalam..post kedua pada hari yg sama :')
just nak share something yang memang terkena pada diri sendiri.
pasal makan.saiz kecik x bermakna selera makan pon kecik.hehe hobi kedua saya adalah makan.
6 Keburukkan disebabkan tabiat banyak makan
Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT.
Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya.
Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan.
Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah.
Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya.
Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.
sumber:facebook
Wednesday, February 15, 2012
pain
salam :)
hari ni rasa berat sgt nak bangun..demam..bnyk sgt berhibur tu lah.dan syukur Allah beri peluang aku sedar sekarang sblum aku hanyut ke laut.
tp demam pon tenet yg ada xleh dipersia hehe.tadi aku tgok video pasal syria.. :'(
kalau aku kata sedih,terharu dan yg sewaktu dgnnye aku dpt tolong dorang ke?aku ase cam nak amik je budak budak tu jadi anak angkat aku,dr dibuang baik ak jaga,even aku ni xde la pandai sgt jaga budak2 mcm gadis lain hek3..

Syria is bleeding
what I had done since they're suffering there.
I feel pain
inside my heart
what's that mom?
stay patient Syrian
there will be something for u
believe
stay strong.stay strong.stay strong.
if I could whisper this to one of u.
Wednesday, February 8, 2012
merapu
salam penduduk Bumi.
cuti sem tinggal berbaki 3 hari je lagi.time ni lah nak g shopping nk g mkn besar nk g main bowling dan ada juga yg mengisi masa dgn pergi ke daurah2.(aku jee yg xpegi2 lg)teruk betol!
lepas ni ada perjuangan lagi yg perlu diteruskan.dalam gembira masih terselit sedih.bnyak lagi list perkara sebelum 20 aku still xterpadam.means aku xsetelkan lagi.kenapa?cuz time is alwys running but Im still walking slowly..wth
without new things dalam hidup ni,means our life is like sleep eat and sleep again.lame.
just come back from somewhere,what i hd learned.hidup kena berani.snorkling tenggelam timbul even pakai life jacket.blup blup blup
I will erase it from my memory.I must.
tetibe rindu kat mak,rasa nk suruh je mak online tiap waktu,tapi mmg xleh la,my mom is someone who always busy.I'm the one who should understand tht very well.nk call gune voip,aku lupe password.mcm biase la,buat password dlm bahasa India mmg cam gini la jadiknye.
adik aku pulak cam bese la busy ngn aktiviti budak2 lepasan SPM..amik lesen,jadi supir n bibik kat umah tu,membesarkan badan (aktiviti utama)
mcm bosan je cerita aku ni.jadi aku kena la tamatkan sebelum timbul lak page anti aku punye blog kat facebook..haha xlawak.
p/s:too much thinks bout other people will make u down down down down n lastly falllinggg consciously.wake up.make a new day!
tata.

Thursday, February 2, 2012
great
salam a'laik penghuni planet bumi sekalian :)
pagi tadi bukak fb then dh penat klik home profile home profile at last terjumpa la satu perkara menarik.
dan memandangkan blog ni semakin kurang pekdahnye maka atas inisiatif dan kesedaran dari lubuk hati paling dalam teringin la nak share dgn kawan2 sekalian..
Tujuh amalan sunnah rasullulah s.a.w
Tahajudd
Baca quran
Solat berjemaah di masjid
Solat dhuha
Sedekah tiap hari
Jaga wuduk terus menerus
Amalkan istighfar setiap saat
Sumber:koleksi ceramah ustaz don daniyal
selamat beramal
jaga hati.jaga iman.
Wednesday, February 1, 2012
aku jeles??!
salam..
straight ke tajuk even klu ikut nafsu macam2 bnde merapu aku nak gtaw korang keke..
semenjak due menjak aku dah naik umo 20 an ni,sikap xbaik seperti yg tertera di atas sana mula terbit tanpa aku pinta uhuk3..dan bukannye aku jeles pasal bnde2 besar pon,mcm org lain kan suke jeles bila.. examples:
1-pakwe korang kena goda dgn pompuan entah hape2
2-jiran umah sblah beli besen baru
3-kapel kawan korang bg sebuah banglo tp korang punye pkwe just belanja sate 3 cucuk
4-kwn korang punye pimples kurang sikit jee dari korang
etc..
k,dah stop la meraban.
hurm yg penting jeles aku ni mcm xber'origin' dan xjugak ber'attachment' hehe..
tp aku dah gtaw dah yg aku jeles kwang3..pengakuan yg sumpah m'buktikan ketebalan tembok muka aku makin kurang menebal kiki..mungkin faktor panahan pancaran UV..(aku bru balik dr camping kt dessert)
mesti sume tertanya2 ape la yg aku jeleskan dr tadi aku dok membebel mcm xberpoint dan menjadikan blog ni semakin xberpekdah.hurmm hobi aku suke mengarut.merapu.meraban.3M.
actually mmg silap aku pon kn,tu la aku nak try ubah lepas ni,yg satu kite jdikan 2,yg due kite jadikan 3,yg 3 kite jadikan 4 n seterusnya..baru la meriah kn?teheee..ini bukan zaman budak2 sek ren lagi,so aku kena la grow up lebih sikit dr org lain,hikhok.
k tata..
*aku xreti tulis blog direct to the point sape org nye so ni jela yg aku mmpu tulis.yg pnting pompuan.sekian memaklumkan dr BBC.

lalang~ ke kanan angin bertiup,die ke kanan ke kiri angin bertiup,die ke kiri benci. |
*aku xreti tulis blog direct to the point sape org nye so ni jela yg aku mmpu tulis.yg pnting pompuan.sekian memaklumkan dr BBC.
Wednesday, January 11, 2012
Allah
Bismillah.
Ya Allah,
Kau mengetahui segala apa yang tersembunyi,
yang terhijab dari pandangan mata kasar insani,
Ya Allah,
Kau Maha Meneliti,
tiap hikmah disebalik situasi,
Allah,
moga ini menjadi pengajaran,
buat insan yang masih berkejaran,
mencari erti dalam kehidupan,
Allah,
aku pasakkan keberserahanku pada-Mu,
moga tiap hela nafasku mengingati-Mu,
jauhkan aku dari jalan2 yang menghantarku ke neraka-Mu
Allah
tiap duga-Mu,aku pohon menjadikanku wanita kuat,
biar badai menghempas kuat,
asal aku tegak berdiri kuat,
walau hati tercalar hebat.
********
manusia tidak pernah lalai dari melakukan dosa,begitu juga aku dan kamu.kdg aku takut,akhirnya aku bagaimana.
dlm sekelip mata dgn kuasa Allah sgl perkara boleh berubah.
yg buruk jd baik,alhamdulilah..yg baik jd buruk,nauzubillah..
-semoga aku,kau dan kita semua diberi perlindungan dan kesempatan untuk bertaubat sblum malaikat Izrail menjemput kita semua.perkenan doa kami Ya Allah.
wassalam.
Friday, January 6, 2012
andaiku pergi
salam sekalian manusia :)
moh hari ni kite layan lagu yg entah tetibe je merasuk minda dan jiwa ni echeche~
maka tnpa membuang masa dan tenaga,dgn ini saya mempersembahkan sebuah lagu
...
tengtengteng (saje bg nervous sikit hihi)
bfore that kne stop kan lagu blog ni dulu kalau x,xfeel laa kn..
klik play ye kawan2 yg cun.
ni liriknya:
bolehla sama2 kite berkaroke..hehe

Cinta hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam
Bersama rayu doa
Damba keampunan Nya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisi Nya
Rasa gentar,rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih
Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku,menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Kuserah segalanya kepadaMu
sobsobs~
-salam imtihan.moga diberi ketenangan.
wahai jiwa yg tenang
kembalilah kepada Tuhanmu
dgn hati yg redha dan diredaiNya.
Monday, January 2, 2012
second trial
Dunia,
Perasaan ini melarat,
Ikhlas menjadi berat,
Hati menjadi sarat,
Mindaku terjerat.
Sudahku pujuk agar lentur ikhlas,
Namun ia berkeras,
Aku cemas,
Sampai kapan aku perlu berhempas,
Membina ikhlas tiap hela nafas.
Kugarap semangat,
Ku pohon keringat,
Membasah hebat,
Menjadi azimat,
Menerima kepahitan hakikat.
Kadang kualpa pada dunia,
Akhirat jauh pada mata,
Pancainderaku buta,
Kabur menilai hadirnya permata.
Bermimpi itu indah,
Namun mengundang parah,
Hati jadi patah.
Dunia,
Senyapkan kata,
Agar aku bisa bicara.
nukilan:PKR
(pejuangkecilrenek)
p/s:jgn silap paham..
-di ambang exam,doakan saya :)
buat nurenurain..ehem suara saya memang comel ahaks~
Subscribe to:
Posts (Atom)