Thursday, June 2, 2011

pencarian erti SABAR

jangan berdukacita kerana ada yang hilang dari kita ,
jangan berdukacita kerana apa yang kita harapkan bukan kenyataan,
jangan berdukacita kerana sering tertipu,
jangan berdukacita jika anda fikir tiada yang memahami anda,
jangan berdukacita kerana semua itu pasti terurai satu saat nanti..

aku yakin Tuhan,
Kau pasti tunjukkan jalannya,
aku yakin Tuhan,
semua ini pasti ada hikmahnya,
aku yakin Tuhan,
Kau lebih mengetahui apa yang tersembunyi,
yang aku sendiri ragui,

aku pohon Tuhan,
kelapangan hati yang tidak mudah digugah,
ketenangan jiwa yang sukar digoyah,

lalu dipersoalkan,
kenapa harus ini yang terjadi??
maka iman nipis ini menjawab,
kerana kau masih dipandang Tuhan sebagai orang yang layak menerima ujian,
ya,
aku masih dipandang,
Alhamdulilah....terima kasih Tuhan
yang menghidupkanku dan yang akan mematikanku jua..
hidup dan matiku demi-Mu..


ketahuilah aku sangat menyayangi kamu :)


No comments:

Post a Comment