Saturday, March 17, 2012

kawan #1

salam :)
hari ni aku pening dan
aku sebenarnya ada satu penyakit keke..tiap kali aku pening mesti otak aku akan diasak dengan memori2 zaman dahulu kala. *mungkin sbb aku terlalu ingin melupakannya*
ok here there are.

masa zaman tadika,aku hanya kenal seorang kawan,yang sentiasa menemani aku,melayan kerenah ciwek aku,menahan amarah aku dan perangai aku yang cam bajet bagus la senang cite..

pernah satu ketika,kami masuk perlumbaan tiup belon smpai pecah,dan untuk pengetahuan sekalian rakyat jelata,aku memang allergic dengan sukan,perlumbaan dan yang sama waktu dengannya..alasannye?entahlah sebab aku tak suka tempat yang ter'exposed' maybe haha *alasan xlogik*
back to the story,aku tak dapat nak pecah kan belon tu,dan aku nampak belon dia hampir pecah,dengan perangai tidak berhati perotnya aku bisik kat dia..
''wei tunggu la aku kalau x kita x kawan sampai bila2''
dan dia menunggu aku sampai waktu habis,kami sama sama tidak dapat memecahkan belon tersebut,misi ringkas bukan?tapi gaya macam tanggungjawab sebesar alam terbeban.*sbb ni fmily aku xpercaya bila aku nak buat sesuatu yang extrem*
tu waktu kami berumur 6 tahun.waktu tu aku sayang sangat kat dia.dialah kawan aku yang paling aku percaya.satu satunya kawan aku tika itu.

waktu sekolah rendah,kami terpisah kelas,aku cemerlang di kelas ku,begitu jua dia.dia anak kebanggaan keluarga aku kira,kerana ibunya acapkali menyebut namanya tiap kali rewang.dia memang baik aku akui.tak ramai yang boleh tahan dengan kerenahku.kala itu kami temui lebih ramai kawan,dan kami buat geng seramai 5 org kalau tidak salah aku..dan yang paling penting nama geng kami ialah AADCK(ada apa dengan cinta kami) *lol old skool gler*
tapi kami bahagia :)
bermain sama sama,main kutu*bukan sejenis serangga*jamuan tahunan,hafal lirik lagu,salin lagu n etc kekeke..

UPSR dan PSRA berakhir.aku terpisah dgn mereka.duduk asrama,skill aku yg sempit makin sempit..aku semakin jarang bersama dia.walau kami sekampung.berita tentang dia hanya aku ketahui melalui adikku yg sama sekolah dengannya.nak contact pon x boleh.kami adik beradik hanya dibenarkan memiliki handphone selepas SPM.takut akan penyalahgunaannya kata emak..memang benar.telefon rumah pula acapkali aku lupa keberadaannya.almaklum suka campak2.konklusinya kami terpisah jiwa dan jasad.

aku takut bawa kenderaan.masih trauma dengan siri2 kemalangan yang aku selalu alami tika aku sekolah rendah..akulah budak yang selalu sahaja tercampak sana sini,bersama basikalku.kami sakit sama sama :( selama 6 tahun.
jadi wajar bukan untuk aku trauma?
ini membuatkan kami lebih jauh sbb aku x mampu nak menziarahinya.

tamat sekolah men. aku disini dan dia disana.mujur ada fb yang menghubungkan kami.walau kami tidak lagi se'fun' yang dahulu namun aku bersyukur dia ada :)
kawan pertamaku dialah Ma.satu perkara yang dia tidak tahu,tiap kali hari lahirnya aku selalu membelikan dia hadiah,namun x satu pon aku mampu beri sejak kami terpisah.kakak aku kata aku bodoh sbb buat bnda mcm tu,ye aku mmg bodoh.bodoh kerana terlalu jujur kadang kala :)
sekian memori nyah kau dari sini.!

ok..aku dah xpening,jadi aku dah lupa... :( hahaha

#mungkin aku perlu kikis sikap jujur yg kadang kala makan diri.do I?

1 comment:

  1. sabar faiz..kadang2 kenangan lalu la yg slalu ajar kte erti kehidupan..Allah nk uji ko dgn pisahkan ko dgn kawan ko..mane tau nnt Allah balas blk dgn pertemuan ko dgn kawan ko kat syurga yg abadi..insyaAllah.. :)

    ReplyDelete