Tuesday, August 21, 2012

menggengam kekalahan

tajuk amek dari blog orang

entry ini hanya main main..

sebak
bilamana apa yang kita hajati tak tercapai,mahu menangis seakan merajuk pula air mata ini hendak mengalir.buat dada jadi sesak..

lupa
bagaimana boleh lupa?atau sengaja melupakan atau sengaja dilupakan?atau pun lebih baik dilupakan..mungkin itu yang terbaik baginya.

judgemental
kerana dia pendiam maka dia sombong,kerana dia terlebih cakap maka dia becok, benarkah (?) atau kitakah yang terlebih memikir perihal orang lain?

penyesalan
dibiar lama memakan diri,tapi menyesal itu perlu.jadi pengajaran di lain episod cerita.semoga tak diulangi kesilapan sama.berulangkali..

cinta
biar jadi rahsia,biar semua tak ketahuinya,bilamana masa ada akan terlerai juga ia.
biar sakit dibenci manusia jangan sakit dimurkai Yang Maha Esa.

rindu
hanya untuk mereka yang aku sayangi..

Tuesday, July 3, 2012

hanya seorang Faiz

aku hanya seorang Faiz,
yang tidak lepa dari membuat dosa
terkadang iman ku melonjak ke angkasa
selalunya iman ku merudum jatuh ke Bumi.

aku hanya seorang Faiz,
yang punyai ego tinggi
terkadang kurang dari sewajarnya
selalunya lebih dari perlunya

aku hanya seorang Faiz
yang punya hidup atas dan bawah
terkadang berjaya lalu alpa
selalunya gagal lantas putus asa

aku hanya seorang Faiz
yang tidak sempurna
terkadang aku penawarnya
selalu akulah racunnya

..dan ketahuilah aku hanya seorang Faiz yang lemah tiada daya.
maafkan aku.



Thursday, June 28, 2012

beratnya

apa yang berat cik pais?
apa yang awak angkat?
M16 ke?sebuah kereta kebal?
atau bergadai nyawa?
takkkk..
kau tak perlu buat itu semua,
kau takk perlu buang banyak darah,
jadi apa yang beratkan kau sangat ni?
apa yang pemalas sangat ni?
kenapa kau macam ni?
macam orang bodoh yang tidak pernah diajar langsung!
maaf pais.
aku kembar kau yang dah makin muak dengan sikap kau.
sampai bila mesti macam ni?
riwayat kau dah tak lama pais..
insaflah..
ALLAH ALLAH ALLAH BANTU AKU TARIK KE JALAN YANG BENAR..
ALLAH KAU MAHA MENGETAHUI..ALLAHURABBI..